Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

KENALI KU

ASSALAMMUALAIKUM
Kepada semua pembaca blog ku..

Terbangnya warkah ini untuk memberitahu bahawa aku amat2+sangat2+bangat2 menghargai penat leleh korang baca blog aku nie..he3 kepada sesiapa yang sudi singgah selalu terima kasih sgt2.. aku amat menghargainya..walaupun kadang2 blog aku nie syok sendiri..he3,xkisah la yang penting korang sudi baca..

kepada kenalan baru salam perkenalan pada u all..

Monday, 1 April 2013

4D Scan @ 26week 5day

As Salam & Selamat Pagi.

Sekejap je dah besar dah anak mama. Kemarin petang kami pergi scan 4D. 
Happy +  xsabar + gementar + takut pun ada.. semua bercampur. 
Sepanjang perjalanan aku berdoa & selawat mengharapkan 
kesempurnan fizikal luar & dalam anak aku.
Takut juga.. kalau2 DIA nak menguji kami. Mudah-mudahan selamat segalanya.

Awal2 lagi aku dah cakap dengan baby.."baby nanti petang papa nak bawa kita g scan, mama nak tengok anak mama yang comel nie..tapi baby kena janji jangan sembunyi ye sayang.. mama sayang baby!"

tu la kata2 bunga aku pada anak aku.. 
mane la tahu dia tutup muka ke, sembunyi ke, malu2 gitu.. :)


JOHOR JAYA MATERNITY CENTRE SDN BHD
DR. WONG CHUAN LUN
21, Jalan Dedap 6, Taman Johor Jaya,
81100 Johor Bahru, Johor
No. Tel : 07-3553388

Selepas buat appointment, kami pun menuju ke destinasi..
Jenuh juga nak cari klinik ini, bukan apa signboard semuanya dah ditampal dengan iklan 'along'.. 
jadi agak payah la nk mencari.. 
xpe...usaha..


Mula2 doctor akan scan guna 2D dulu. Selepas itu, baru masuk 4D.
Saat itu aku rasa macam nak nangis pun ada.. bahagia sangat! 
dapat tengok ciptaan Allah yang selama ini aku bawa ke mana sahaja.
Peneman aku selama hampir 7 bulan ini.


Menurut doctor, muka anak aku berhadapan dengan uri. 
Jadi xberapa clear la nak tengok full face dia.
Kalau korang nak tahu, 4D scan ini berguna untuk kita mengetahui 
kalau2 anak kita ada sebarang masalah fizikal, 
dari segi muka ke, jari jemari ke, kaki, tangan, jantung & etc.. 
harap2 anak aku sempurna segalanya, amin!

Sekarang anak aku dah masuk 26 minggu 5hari, berat dia 993 g. Doctor cakap ok la..takut gak kan anak aku kurang berat ke. Sebab sepanjang aku mengandung badan aku xnaik pun. Tetap kurus gak. 
Perut ini sentiasa lapar..makan je la. tapi badan tetap gitu juga. 
Tu yang aku risau, mane la tahu ia memberi kesan pada anak aku..


Cube teka apa jantina saya..? :)


Sedapnye dia tidur.. siap letak tangan bawa dagu lagi.. 
Papa cakap "nape baby masam je.." 
mama tolong jawab ye sayang, " iyela, dia nak tidur kite kacau.. nasib baik dia xtutup muka.. hehehe.."



Dengan bayaran RM160, korang akan dapat 1 CD, 1 Picture 4D & 1 Picture 2D. 
Sebenarnya aku kejarkan CD tu, 
bukan apa boleh lah aku cuci seberapa banyak aku nak..
Tempat lain ada juga 4D scan tapi semua x include CD sekali.



Memang rezeki anak aku, kami dapat free gift lagi. Rezeki..
terima kasih ye..


Lebih kurang lagi 3 bulan kita akan berjumpa ye sayang.. mudah-mudahan segalanya berjalan dengan lancar & sempurna, Amin.


Thursday, 7 March 2013

Pusat Rawatan Perubatan Islam di Johor Bahru

As Salam,

Kali ini aku nak berkongsi tempat-tempat perubatan secara islam di JB yang aku pernah pergi. Mudah-mudahan bagi sesiapa yang sedang mencari-cari tempat rawatan yang bersesuaian secara islam / tradisional / kampung atau apa-apa nama la yang korang panggil, boleh lah mencuba. Mana lah tahu, salah satu tempat-tempat ini dapat membantu. 

Sesungguhnya, penawar itu datangnya dari ALLAH, kita sebagai manusia wajib berusaha. Yang penting jangan pernah putus asa! Itu lah yang aku pegang untuk berubatkan mak aku yang sakit akibat daripada 'barang' orang, yang dihantar kepadanya. 


SENARAI PUSAT RAWATAN PERUBATAN ISLAM DI JOHOR BAHRU

1. Pusat Rawatan Perubatan Darussyifa 
  • Lokasi : No 11, Kg Maju Jaya, Skudai, Johor Bahru
  • Rawatan Perubatan : Setiap hari Rabu, Sabtu & Ahad
  • Sila hubungi : 019-7643034 (Ustaz Hussin Junoh)


2. Pusat Rawatan Darul Ilaaj
  • Lokasi : No 30A Jalan Mawar 46, Taman Mawar, Pasir Gudang
  • Waktu & Masa Perubatan : Isnin-Jumaat 10:00 pagi -10:00 petang (Sabtu & Ahad - tutup)
  • H/P No : 012-7017969 
  • No Klinik di Johor : 07-2517521


3. Pusat Rawatan Islam An Nuuru Syifa
  • Lokasi : Di Majlid Ungku Tun Aminah Kg pasir Tampoi, Johor Bahru
  • Waktu Perubatan : Setiap hari kecuali hari Khamis & Ahad
  • Masa Rawatan : Selepas Solat Isyak (9:00 malam) sehingga lewat malam (12:00 malam / 1:00 pagi)
  • Pusat rawatan dibuka dari jam11:30 pagi sehingga 6:00 petang untuk pendaftaran nama untuk rawatan (fizikal & gangguan) 
  • Sila hubungi : 07-2357170 (Imam Shah)


4. Pusat Rawatan Islam Ustaz Najid
  • Lokasi : No 25 Jalan Rhumbia 27, Taman Daya, Johor Bahru
  • Waktu Perubatan : Setiap hari Sabtu & Rabu sahaja
  • Masa Rawatan : Selepas Solat Isyak sehingga lewat malam
  • H/P No : 013-7055554 (Ustaz Najid)

5. Pusat Perubatan Islam Sinar Zamdurrani 
  •  Lokasi : 83A Jalan Sena 1, Taman Rinting, Masai


~ Aku harap perkongsian aku kali ini dapat membantu korang yang mengalami sebarang masalah/penyakit seperti mak aku. Doakan untuk mak aku juga ye kawan2.. Amin..


Friday, 30 November 2012

Ubat Buasir

As salam & Selamat pagi semua. Hari ini kita cerita tentang topik kesihatan ye. Pernah dengar 'buasir'?? Buasir adalah salah satu penyakit yang amat ditakuti terutama bagi ibu-ibu mengandung macam aku ini. Iyelah, konon-konon hasrat dihati nak melahirkan secara normal. Sebab bila, kita meneran untuk bersalin, kemungkinan besar buasir juga akan terkeluar. Pernah terjadi pada sepupu aku. Kecian sungguh, sampai keluar buasir dia sewaktu bersalin secara normal. Dan paling menyedihkan doktor terpaksa operation ketulan buasir itu sebab dah xboleh masuk balik. Cuba bayangkan, dah lah sakit bersalin pastu sakit operation akibat buasir pula. Kesian betul.

Sebenarnya, aku bincang topik ini sebab aku pernah kena dulu..hehehe. Pastu aku beli ubat sapuan. Alhamdulilah buasir itu mengecut. Tapi bila dah kena sekali penyakit ini agak payah nak baik terus. Kena jaga betul2, sebab penyakit ini boleh berulang. Dan ia telah berulang pada aku sendiri, kerna kini aku sedang mengalaminya lebih2 lagi kini........aku sedang mengandung. Sedih gile. 
Sejak disahkan mengandung aku kerap membuang air besar. Bila aku tanya pada doktor, slamber je doktor itu menjawab..... " selama ini awak berak berapa kali " rasa mcm batu menghentam kepala. Aku jawab la dengan berhemah walaupun rasa mcm bengang je. Menurut doktor ia adalah normal.

Ok aku terangkan serba sedikit maklumat tentang penyakit buasir ini.


dr google
Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak dibahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran disekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. 

Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah dibahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.


Penyebab Utama
  • Sentiasa duduk
  • Meneran (ketika najis keras / sembelit)
  • Cirit-birit
  • Duduk mencangkung di dlm tandas terlalu lama
  • Batuk yg teruk
  • Bersalin
  • Mengangkat berat
  • Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual  

Anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat buasir jika anda :-
Mempunyai ahli keluarga yang ada buasir, Mengandung, Mengalami batuk yang melampau dan berpanjangan Meneran semasa membuang air besar. Ini merupakan sebab paling biasa untuk mendapat buasir.

 Peringatan untuk diri sendiri
  • Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari
  • Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
  • Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
  • Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.



Ini lah ubat sapuan yang aku gunakan. 
Nama ubat sapuan ini MAYING LONG HEMORRHOIDS OINTMENT
Harganya RM 6.80. Bila aku sapu.. rasa berangin je dan ia tidak memedihkan.
Selamat mencuba!

Total Pageviews