Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

KENALI KU

ASSALAMMUALAIKUM
Kepada semua pembaca blog ku..

Terbangnya warkah ini untuk memberitahu bahawa aku amat2+sangat2+bangat2 menghargai penat leleh korang baca blog aku nie..he3 kepada sesiapa yang sudi singgah selalu terima kasih sgt2.. aku amat menghargainya..walaupun kadang2 blog aku nie syok sendiri..he3,xkisah la yang penting korang sudi baca..

kepada kenalan baru salam perkenalan pada u all..

Monday 6 May 2013

First Time Beb..

As Salam & selamat petang,

Mari mengundi..
Mari mengundi..
La la la la..
Sudahkah anda tunaikan tanggungjawab anda?
Kalo xtunaikan pun dah xboleh buat pape dah.. tunggu la lagi 5 tahun.. :)

Cerita pasal mengundi ini. Semalam adalah buat pertama kali aku sebagai rakyat malaysia menunaikan tanggungjawab ini. 5 tahun lepas, aku belum cukup umur mengikut IC la.. sekarang lak dah terlebih2 umur..he3

Mula2 blur jugak..apa nak buat nie.. selepas mendaftar aku diberikan nombor bilik.. terpaksa la aku mendaki tangga untuk ke bilik yang dinyatakan.. penat juga. Bila dah sampai, rupanya aku salah naik tangga..terpaksa turun balik..

Yang menariknya, aku dapat berjumpa dengan kawan2 sekolah aku.. tapi yang paling menarik sekali, aku terus dapat masuk bilik dan xperlu beratur..hahaha.. korang rasa sebab apa? hehehe...sebabbbnya.. i'm pregnant women..!! Yahooo..

Kebetulan ibubapa aku pun tergolong dalam warga emas..jadi memang super duper cepat la.. xpayah beratur2.. 

"Aku sempat mengusik suami aku, kalo begini la istimewanya mengundi untuk orang mengandung, nanti tunggu 5 tahun lagi la baru mengandung.. hehehe.." 


Thursday 2 May 2013

Kencing Manis ketika Hamil @ 33W



As Salam & Selamat pagi semua.


Minggu ini dah masuk 33 minggu kandungan aku. Dan dah masuk kali ke-3 aku kena minum air gula. Kepada sesiapa yang x tahu @ x pernah lagi kena minum air gula, kat sini aku terangkan step by step minum air gula nie k.. nama je 'air gula', hakikatnya pahit gile..

(gambar hiasan)


  • Korang kena puasa start 10pm (mlm sebelum minum air gula)
  • datang klinik 8am ambil darah yang pertama pastu start minum air gula (kalo kat klinik masai 1 cawan plastik yang besar tu, kalo kat klinik muar cawan kecil)
  • pastu tunggu la sampai 2-3jam selepas itu (masih berpuasa lagi)
  • ambil darah lagi, pastu baru boleh makan..
sampai lebam2 tangan aku kesan daripada pengambilan darah oleh 'nurse2 masai'. 


                                                                                                                           
(gambar hiasan)

Selepas dapat result pihak klinik call aku, cakap aku ade kencing manis! pelik betul.. dia cakap kencing manis aku tinggi 9.3. boleh kena darah tinggi aku dengar.. esoknye dia suruh aku ambil darah 4x (8am,12tghr,5pm & 8pm) dalam sehari..so, aku kena start puasa 10pm lagi..

Result aku dah cantik 8am : 4.8, 12tghr : 5.4, 5pm : 4.7 & 8pm : 7.3 (nie pun sebab aku dah xtahan puasa, jadi sebelum 8pm aku makan dulu) menurut ahli farmasi, kalo aku puasa result kena kurang dari 5, kalo aku makan result kena kurang dari 8. Jadi 7.3 ok la kan?
                                                                                                                        
Esoknye, berbekalkan result yang jujur dari aku ini..aku pergi klinik lagi. Yang peliknye, doctor india itu sahkan aku dah ada kencing manis! aku siap explain lagi keputusan 7.3 tu sebab aku makan, aku xpuasa. Doctor tu tetap sahkan aku kencing manis.. Siap buatkan aku appointment's lagi untuk jumpa dengan doctor pakar.. dan menurut kata doctor india itu, aku bakal dikenakan insulin.. hahaha.. kelakarkan! Hakikatnya, aku ketawa... dalam geram & pelik! Mak aku cakap dia yang kencing manis tinggi pun masih xkena lagi insulin. Aku yang baru 7.3 dah kena insulin..pelik2!

So, sekarang nie aku kena ambil darah lagi pada minggu depan untuk kajian makmal. Doctor cakap aku dalam pantauan mereka. Wau! rasa mcm orang ambil berat lak.. :)

Aku malas nak fikir2 sangat..nanti darah tinggi pula.. so, wait & see.. 


Thursday 25 April 2013

Checklist Barang-barang Keperluan Baby

As Salam semua.

Kali ini kita berkongsi checklist untuk barang-barang keperluan baby. Ini aku buat mengikut keperluan aku je, kalo korang nak follow boleh je.. :) Aku hanya beli keperluan yang perlu dulu, selebihnya selepas bersalin boleh sambung beli lagi (itu pun kalau perlulah). Maklumlah mama baby nie membeli mengikut kemampuan..pendek kata ukur baju dibadan sendiri.

Memang perasaan teruja & rambang mata tu ada, tapi kita kena lah pandai-pandai sesuaikan dengan keadaan ekonomi kita. Memandangkan aku pun xlama lagi bakal diberhentikan kerja (sebab kontrak dah habis..sedih gile), jadi kena lah fikir untuk masa yang panjang..bukan masa sekarang je..(bukan nk membebel, tapi mengingatkan diri sendiri:)).

Ok2.. dah2.. xnak sedih2.. kita kembali kepada topic kita k..
senyumm cikit...


CHECKLIST BARANG-BARANG KEPERLUAN BABY

  1. Baju lengan panjang (Newborn) - done!
  2. Seluar panjang (Newborn) - done!
  3. Baju lengan pendek (Newborn) - done!
  4. Seluar pendek (Newborn) 
  5. Baju lengan panjang (3-6 mths) - done!
  6. Seluar panjang (3-6 mths) - done!
  7. Baju lengan pendek (3-6 mths) - done!
  8. Seluar pendek (3-6 mths) 
  9. Rompers (Newborn)
  10. Rompers (3-6 mths) - done!
  11. Topi - done!
  12. Sarung tangan - done!
  13. Sarung kaki - done!
  14. Blanket bertopi - done!
  15. Selimut - done!
  16. Tuala mandi - done!
  17. Barut baby - mak mentua nk buatkn
  18. Lampin (Napkin) - done! boleh dijadikan bedung / lampin baby
  19. Napkin (cover) - done! niat hati nk pakaikan lampin
  20. Tisu basah - done! beli time promosi
  21. Set tilam - done! mak aku buat sendiri.. rajin kan
  22. Tilam getah - done!
  23. Car seat - KIV
  24. Beg baju baby - done!
  25. Raga baju baby - dah ada kat rumah
  26. Besen mandian baby - dah ada kat rumah
  27. Set mandian baby - done!
  28. Losyen baby - done!
  29. Minyak rambut baby
  30. Krim ruam
  31. Pewangi baby
  32. Pampers / Cloth diapers - done!
  33. Stroller - my cousin nk hadiahkan..rezeki!
  34. Katil baby - KIV
  35. Botol susu - angah belikan (1set).. :)
  36. Thermometer baby
  37. Penyidai baju baby - done! 
  38. Kelambu - done!
  39. Box isi baju baby / almari - done! aku beli almari terus.. senang nk isi keperluan si kecil
  40. Box (small - untuk letak brg2 keperluan baby) - done!
  41. Sapu tangan - done!
  42. Safety pin - done!
  43. Sabun baju baby
  44. Sikat -done!
  45. Pengepit kuku - done!
  46. Nasal Aspirator (selsema) - done!
  47. Minyak Telon - done!
  48. Miyak Yuyi - done! ni mama boleh guna sekali..
  49. Spray botol
  50. Bedak baby - done!
  51. Cotton bud - done!

Kalo korang nk tahu..mak aku siap ada simpanan baju/sarung tangan/sarung kaki/topi/barut time aku kecil dulu.. dulu aku pakai, kini anak aku pula.. mak cakap dia sayang nk buang..tu yang dah 28 tahun dia menyimpan. 
Kasih seorang ibu..terharu sangat!

Bila aku dah cuci semua tu..tengok masih lagi cantik & boleh digunakan.. cumee..bakal anak aku nie baby boy.. kebetulan byk lak color pink.. tapi xpe, leh guna tok second baby.. :)


Monday 1 April 2013

4D Scan @ 26week 5day

As Salam & Selamat Pagi.

Sekejap je dah besar dah anak mama. Kemarin petang kami pergi scan 4D. 
Happy +  xsabar + gementar + takut pun ada.. semua bercampur. 
Sepanjang perjalanan aku berdoa & selawat mengharapkan 
kesempurnan fizikal luar & dalam anak aku.
Takut juga.. kalau2 DIA nak menguji kami. Mudah-mudahan selamat segalanya.

Awal2 lagi aku dah cakap dengan baby.."baby nanti petang papa nak bawa kita g scan, mama nak tengok anak mama yang comel nie..tapi baby kena janji jangan sembunyi ye sayang.. mama sayang baby!"

tu la kata2 bunga aku pada anak aku.. 
mane la tahu dia tutup muka ke, sembunyi ke, malu2 gitu.. :)


JOHOR JAYA MATERNITY CENTRE SDN BHD
DR. WONG CHUAN LUN
21, Jalan Dedap 6, Taman Johor Jaya,
81100 Johor Bahru, Johor
No. Tel : 07-3553388

Selepas buat appointment, kami pun menuju ke destinasi..
Jenuh juga nak cari klinik ini, bukan apa signboard semuanya dah ditampal dengan iklan 'along'.. 
jadi agak payah la nk mencari.. 
xpe...usaha..


Mula2 doctor akan scan guna 2D dulu. Selepas itu, baru masuk 4D.
Saat itu aku rasa macam nak nangis pun ada.. bahagia sangat! 
dapat tengok ciptaan Allah yang selama ini aku bawa ke mana sahaja.
Peneman aku selama hampir 7 bulan ini.


Menurut doctor, muka anak aku berhadapan dengan uri. 
Jadi xberapa clear la nak tengok full face dia.
Kalau korang nak tahu, 4D scan ini berguna untuk kita mengetahui 
kalau2 anak kita ada sebarang masalah fizikal, 
dari segi muka ke, jari jemari ke, kaki, tangan, jantung & etc.. 
harap2 anak aku sempurna segalanya, amin!

Sekarang anak aku dah masuk 26 minggu 5hari, berat dia 993 g. Doctor cakap ok la..takut gak kan anak aku kurang berat ke. Sebab sepanjang aku mengandung badan aku xnaik pun. Tetap kurus gak. 
Perut ini sentiasa lapar..makan je la. tapi badan tetap gitu juga. 
Tu yang aku risau, mane la tahu ia memberi kesan pada anak aku..


Cube teka apa jantina saya..? :)


Sedapnye dia tidur.. siap letak tangan bawa dagu lagi.. 
Papa cakap "nape baby masam je.." 
mama tolong jawab ye sayang, " iyela, dia nak tidur kite kacau.. nasib baik dia xtutup muka.. hehehe.."



Dengan bayaran RM160, korang akan dapat 1 CD, 1 Picture 4D & 1 Picture 2D. 
Sebenarnya aku kejarkan CD tu, 
bukan apa boleh lah aku cuci seberapa banyak aku nak..
Tempat lain ada juga 4D scan tapi semua x include CD sekali.



Memang rezeki anak aku, kami dapat free gift lagi. Rezeki..
terima kasih ye..


Lebih kurang lagi 3 bulan kita akan berjumpa ye sayang.. mudah-mudahan segalanya berjalan dengan lancar & sempurna, Amin.


Thursday 7 March 2013

Pusat Rawatan Perubatan Islam di Johor Bahru

As Salam,

Kali ini aku nak berkongsi tempat-tempat perubatan secara islam di JB yang aku pernah pergi. Mudah-mudahan bagi sesiapa yang sedang mencari-cari tempat rawatan yang bersesuaian secara islam / tradisional / kampung atau apa-apa nama la yang korang panggil, boleh lah mencuba. Mana lah tahu, salah satu tempat-tempat ini dapat membantu. 

Sesungguhnya, penawar itu datangnya dari ALLAH, kita sebagai manusia wajib berusaha. Yang penting jangan pernah putus asa! Itu lah yang aku pegang untuk berubatkan mak aku yang sakit akibat daripada 'barang' orang, yang dihantar kepadanya. 


SENARAI PUSAT RAWATAN PERUBATAN ISLAM DI JOHOR BAHRU

1. Pusat Rawatan Perubatan Darussyifa 
  • Lokasi : No 11, Kg Maju Jaya, Skudai, Johor Bahru
  • Rawatan Perubatan : Setiap hari Rabu, Sabtu & Ahad
  • Sila hubungi : 019-7643034 (Ustaz Hussin Junoh)


2. Pusat Rawatan Darul Ilaaj
  • Lokasi : No 30A Jalan Mawar 46, Taman Mawar, Pasir Gudang
  • Waktu & Masa Perubatan : Isnin-Jumaat 10:00 pagi -10:00 petang (Sabtu & Ahad - tutup)
  • H/P No : 012-7017969 
  • No Klinik di Johor : 07-2517521


3. Pusat Rawatan Islam An Nuuru Syifa
  • Lokasi : Di Majlid Ungku Tun Aminah Kg pasir Tampoi, Johor Bahru
  • Waktu Perubatan : Setiap hari kecuali hari Khamis & Ahad
  • Masa Rawatan : Selepas Solat Isyak (9:00 malam) sehingga lewat malam (12:00 malam / 1:00 pagi)
  • Pusat rawatan dibuka dari jam11:30 pagi sehingga 6:00 petang untuk pendaftaran nama untuk rawatan (fizikal & gangguan) 
  • Sila hubungi : 07-2357170 (Imam Shah)


4. Pusat Rawatan Islam Ustaz Najid
  • Lokasi : No 25 Jalan Rhumbia 27, Taman Daya, Johor Bahru
  • Waktu Perubatan : Setiap hari Sabtu & Rabu sahaja
  • Masa Rawatan : Selepas Solat Isyak sehingga lewat malam
  • H/P No : 013-7055554 (Ustaz Najid)

5. Pusat Perubatan Islam Sinar Zamdurrani 
  •  Lokasi : 83A Jalan Sena 1, Taman Rinting, Masai


~ Aku harap perkongsian aku kali ini dapat membantu korang yang mengalami sebarang masalah/penyakit seperti mak aku. Doakan untuk mak aku juga ye kawan2.. Amin..


Total Pageviews