Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

KENALI KU

ASSALAMMUALAIKUM
Kepada semua pembaca blog ku..

Terbangnya warkah ini untuk memberitahu bahawa aku amat2+sangat2+bangat2 menghargai penat leleh korang baca blog aku nie..he3 kepada sesiapa yang sudi singgah selalu terima kasih sgt2.. aku amat menghargainya..walaupun kadang2 blog aku nie syok sendiri..he3,xkisah la yang penting korang sudi baca..

kepada kenalan baru salam perkenalan pada u all..

Friday 30 November 2012

Ubat Buasir

As salam & Selamat pagi semua. Hari ini kita cerita tentang topik kesihatan ye. Pernah dengar 'buasir'?? Buasir adalah salah satu penyakit yang amat ditakuti terutama bagi ibu-ibu mengandung macam aku ini. Iyelah, konon-konon hasrat dihati nak melahirkan secara normal. Sebab bila, kita meneran untuk bersalin, kemungkinan besar buasir juga akan terkeluar. Pernah terjadi pada sepupu aku. Kecian sungguh, sampai keluar buasir dia sewaktu bersalin secara normal. Dan paling menyedihkan doktor terpaksa operation ketulan buasir itu sebab dah xboleh masuk balik. Cuba bayangkan, dah lah sakit bersalin pastu sakit operation akibat buasir pula. Kesian betul.

Sebenarnya, aku bincang topik ini sebab aku pernah kena dulu..hehehe. Pastu aku beli ubat sapuan. Alhamdulilah buasir itu mengecut. Tapi bila dah kena sekali penyakit ini agak payah nak baik terus. Kena jaga betul2, sebab penyakit ini boleh berulang. Dan ia telah berulang pada aku sendiri, kerna kini aku sedang mengalaminya lebih2 lagi kini........aku sedang mengandung. Sedih gile. 
Sejak disahkan mengandung aku kerap membuang air besar. Bila aku tanya pada doktor, slamber je doktor itu menjawab..... " selama ini awak berak berapa kali " rasa mcm batu menghentam kepala. Aku jawab la dengan berhemah walaupun rasa mcm bengang je. Menurut doktor ia adalah normal.

Ok aku terangkan serba sedikit maklumat tentang penyakit buasir ini.


dr google
Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak dibahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran disekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. 

Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah dibahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.


Penyebab Utama
  • Sentiasa duduk
  • Meneran (ketika najis keras / sembelit)
  • Cirit-birit
  • Duduk mencangkung di dlm tandas terlalu lama
  • Batuk yg teruk
  • Bersalin
  • Mengangkat berat
  • Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual  

Anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat buasir jika anda :-
Mempunyai ahli keluarga yang ada buasir, Mengandung, Mengalami batuk yang melampau dan berpanjangan Meneran semasa membuang air besar. Ini merupakan sebab paling biasa untuk mendapat buasir.

 Peringatan untuk diri sendiri
  • Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari
  • Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
  • Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
  • Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.



Ini lah ubat sapuan yang aku gunakan. 
Nama ubat sapuan ini MAYING LONG HEMORRHOIDS OINTMENT
Harganya RM 6.80. Bila aku sapu.. rasa berangin je dan ia tidak memedihkan.
Selamat mencuba!

Monday 26 November 2012

Usaha-usaha Untuk Memiliki Anak Sendiri

As Salam & selamat petang semua. Hari ini aku nak berkongsi cerita tentang usaha-usaha yang aku & suami lakukan untuk mendapat zuriat. Sememangnya, rezeki itu datangnya dari ALLAH, aku hanya berusaha & berdoa selebihnya berserah pada yang diatas. Tipu kalau aku cakap xada rasa sedih cikit pun dihati ini. Dan kadang-kadang timbul di dasar hati ini, aku umpama wanita x sempurna.. hanya kerana aku belum memiliki zuriat sendiri. Bukan aku sahaja yang berfikiran sebegitu malah, semua wanita yang mengalami nasib yang sama seperti aku. Cepat-cepat aku tepis fikiran sebegitu, malah aku tanamkan di dasar hati ini, kelebihan & kebaikkan DIA kurniakan rezeki yang lambat kepada kami. Suami & family amat memahami. 

Cume, ada lah sesetengah golongan ini, macam xada iman je kalau bercakap. Iyelah rezeki itu kan ketentuan ALLAH, DIA yang berhak hendak memberi pada siapa atau pada siapa terlebih dahulu. Kadang-kadang air mata sahaja peneman yang paling setia & paling memahami. Aku bersyukur sebab suami & family aku xpernah pun mendesak atau bertanya tentang rezeki ini. Siapa yang xnak anak kan... tapi berkat kesabaran, usaha & doa alhamdulilah akhirnya, aku dapat merasai nikmat itu.

"Kadang-kadang DIA beri mengikut KEPERLUAN kita, bukan KEHENDAK kita semata-mata" indahkan.. tu la kata-kata semangat yang aku pegang supaya hati x semakin sayu.

Pada awal pernikahan kami xada rasa sedikit pun sedih atau sayu jika orang bertanya tentang anak, tapi bila dah masuk 6 bulan yang pertama semakin berdesing telinga ini mendengar sehingga la masuk bulan yang ke8, ke9, ke10, ke11 & setahun telah berlalu. 

Sebenarnya telinga ini makin bernanah bila ada sedara mara yang membandingkan aku dengan biras-biras aku. Adik beradik suami aku semuanya lelaki, nak dijadikan cerita aku & suami sama-sama anak sulung, bernikah pada bulan 10. Adik ipar aku bernikah bulan 1 tahun seterusnya & adik ipar aku yang num 3 bernikah bulan 5 tahun yang sama. Kira mak mentua aku nie dapat menantu sekali 3 orang dalam masa kurang dari 1 tahun. Memandangkan kami sama-sama anak sulung menjadi kata-kata la, bila yang sulung xmengandung lagi, sedangkan biras-birasnya semuanya dah ada isi. Itu yang membuatkan aku makin bernanah, hanya sebab dibanding-bandingkan. Umpama aku yang bermasalah, sebab adik-adik ipar aku mampu mempunyai anak sendiri.

Ok lah, berbalik pada tajuk asal. Ini lah usaha-usaha & nasihat sedara mara.

dr google
1. Berurut. 
Sedara aku yang rekemen kan berurut ini, mana lah tahu melekat.

dr google

2. Jumpa doktor. 
Sedara aku juga yang nasihatkan pergi jumpa pakar, so pergi la. Dapat lah ubat subur. Doktor suruh tiap-tiap bulan datang, konon-konon ubat subur ini akan diberi untuk percubaan 3 bulan yang pertama. Masuk bulan ke3 aku dah xpergi..hahaha, jgn ditanya kenapa aku xpergi..hahaha

  
3. Catatkan waktu subur pada setiap bulan.
Ini penting untuk mengetahui waktu-waktu yang teramat sesuai untuk bersama. Jangan risau anda semua boleh merujuk di post lama aku Macamana nak tahu waktu subur wanita (sorry la aku xpandai lagi macamana nak links kan terus dgn tajuk nie)
 

dr google
 
4. Iberet folic 500. 
Aku start makan iberet folic 500 5 bulan sebelum aku disahkan hamil. Atas nasihat doktor sahabat suami aku. Sememangnya, iya bukan sahaja baik untuk baby malah baik juga untuk merancang ada baby. Orang cakap bukan ke iberet foloc 500 untuk orang mengandung je ke, jangan risau aku dah tanya doktor. Malah dinasihatkan 3 bulan sebelum ada anak disyorkan makan iberet folic 500 ini. Nak tahu kebaikkan iberet folic 500 boleh search di internet ye..

dr google

5. Makan Kurma.
Ini xada siapa-siapa nasihat suruh makan, aku sendiri yang hendak makan. Selepas aku baca kebaikkan & kelebihan yang ada dalam kurma ini. Aku makan sehari 7 biji. Sambil aku berselawat & berniat. 
Ya ALLAH, ya Tuhan ku.. kuatkan lah rahim & peranakkan aku. Dan berilah aku kesempatan untuk merasai hikmat mengandung & melahirkan zuriat aku sendiri. 



NFA SMILAX JUICE tuk suami, dr google
NFA CURORA JUICE tuk isteri, dr google

6. NFA Curora Juice & Smilax Juice.
Sebenarnya aku nak beli set kesuburan biodex sedara aku juga yang rekemen kan. Konon-konon dah macam jalan terakhir la. Bila sampai dikedai je, jurujual tu tanya macam-macam pada aku. 
  •  1st dia tanya dah berapa lama aku kahwin. Owh...xde lah lama sangat. Aku senyum je.
  • 2nd dia tanya kenapa terus nak cube yang mahal? Kenapa xnak cube yang murah dulu.. Aku tetap senyum juga. 
         
Tengok minah nie asyik senyum je..
  • 3rd terus dia promot NFA Juice ini pada aku. Menurut jurujual tu hampir 80% yang mencuba juice ini melekat. Dalam hati aku,xpernah dengar pun brand nie. Jurujual itu pun rekemen kan aku cuba juice ini untuk suami isteri. Harganya dalam RM49.90 sebotol xsalah aku lah. Syaratnya, jangan diminum sewaktu datang bulan atau mengandung. Dalam hati aku, xsalah aku mencuba mana tahu ada rezeki.
Sehingga aku disahkan hamil masih berbaki separuh botol lagi juice kami ini.


7. Minyak Habbatus Sauda
Minyak ini secara x langsung aku beli. Masa berubat kan mak aku yang sakit akibat buatan orang di Darul Shifa Harun Din, di Selong Johor Bahru. Aku pun berubat sekali, mana lah tahu, lambat ada anak nie akibat gangguan jin. Dan ustaz itu, suruh aku minum Minyak Habbatus Sauda yang dijual dengan harga RM35.00 sebotol. Cara minum dia 2x sehari sebelum sarapan & sebelum tidur. 
Baca selawat 3x & berniat, "Ya ALLAH ya Tuhan ku, jangan lah biarkan aku & suami ku bersendirian di dunia & akhirat, tanpa meninggalkan zuriat. Kurniakanlah kepada kami zuriat, agar kami tidak berasa sunyi."  
Setelah habis sebotol, aku merasakan perut aku 'sihat' & 'segar', serta langsung xada lagi gangguan sakit perut seperti selalu. Aku teruskan dengan membeli 2 botol minyak ini lagi. Genap 3 botol habis, aku mendapat berita gembira ini.


8. Doa untuk mendapatkan zuriat
Ini lah usaha aku yang paling terakhir, iaitu DOA. Kalau kita usaha tapi xada doa yang di iringi xguna juga. Nanti dikesempatan lain aku post lak doa-doa yang aku perolehi k.


Aku pun xtahu usaha yang mana satu berkesan. Yang aku tahu, aku xpernah berhenti mengharap. Mudah-mudahan coretan aku ini dapat memberi serba sedikit maklumat berguna untuk kaum yang senasib dengan aku.

Wednesday 14 November 2012

Alhamdulilah : Doa untuk ANAK dalam Kandungan


As salam semua. Lama sungguh aku menyepi.. Diam x diam dah setahun pernikahan aku. Post yang dulu aku ada kongsikan, penantian aku...

Kini,


Alhamdulilah... Berkat kesabaran, usaha & doa kami, family, sedara-mara & sahabat, rezeki itu datang juga.

Alhamdulilah... Segala kutukan, hinaan & sindiran, menambahkan lagi keakrapan hubungan kami, agar terus bersabar.

Alhamdulilah...  Aku masih dapat berbakti pada mak & abah, lagi-lagi mereka sering sakit. Berkat hikmah disebalik kelambatan rezeki untuk kami.

Alhamdulilah... Indah sungguh hikmah ALLAH, genap setahun usia pernikahan kami, kami terima berita gembira.. syukur sangat-sangat.

Alhamdulilah... Akhirnya DIA berikan kami kesempatan untuk melalui saat-saat indah ini... Papa & mama x sabar menunggu kehadiran sayang, syukur Alhamdulilahh...

Kini, telah 2 bulan usia kandungan aku. Semoga segalanya berjalan dengan lancar.  


"Ya Allah peliharakanlah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah dia, 
Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. 

Ya Allah rupakanlah dan bentukkanlah dia yang ada di dalam perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. 

Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"...amin

Total Pageviews