Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

KENALI KU

ASSALAMMUALAIKUM
Kepada semua pembaca blog ku..

Terbangnya warkah ini untuk memberitahu bahawa aku amat2+sangat2+bangat2 menghargai penat leleh korang baca blog aku nie..he3 kepada sesiapa yang sudi singgah selalu terima kasih sgt2.. aku amat menghargainya..walaupun kadang2 blog aku nie syok sendiri..he3,xkisah la yang penting korang sudi baca..

kepada kenalan baru salam perkenalan pada u all..

Friday, 30 November 2012

Ubat Buasir

As salam & Selamat pagi semua. Hari ini kita cerita tentang topik kesihatan ye. Pernah dengar 'buasir'?? Buasir adalah salah satu penyakit yang amat ditakuti terutama bagi ibu-ibu mengandung macam aku ini. Iyelah, konon-konon hasrat dihati nak melahirkan secara normal. Sebab bila, kita meneran untuk bersalin, kemungkinan besar buasir juga akan terkeluar. Pernah terjadi pada sepupu aku. Kecian sungguh, sampai keluar buasir dia sewaktu bersalin secara normal. Dan paling menyedihkan doktor terpaksa operation ketulan buasir itu sebab dah xboleh masuk balik. Cuba bayangkan, dah lah sakit bersalin pastu sakit operation akibat buasir pula. Kesian betul.

Sebenarnya, aku bincang topik ini sebab aku pernah kena dulu..hehehe. Pastu aku beli ubat sapuan. Alhamdulilah buasir itu mengecut. Tapi bila dah kena sekali penyakit ini agak payah nak baik terus. Kena jaga betul2, sebab penyakit ini boleh berulang. Dan ia telah berulang pada aku sendiri, kerna kini aku sedang mengalaminya lebih2 lagi kini........aku sedang mengandung. Sedih gile. 
Sejak disahkan mengandung aku kerap membuang air besar. Bila aku tanya pada doktor, slamber je doktor itu menjawab..... " selama ini awak berak berapa kali " rasa mcm batu menghentam kepala. Aku jawab la dengan berhemah walaupun rasa mcm bengang je. Menurut doktor ia adalah normal.

Ok aku terangkan serba sedikit maklumat tentang penyakit buasir ini.


dr google
Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak dibahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran disekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. 

Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah dibahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.


Penyebab Utama
  • Sentiasa duduk
  • Meneran (ketika najis keras / sembelit)
  • Cirit-birit
  • Duduk mencangkung di dlm tandas terlalu lama
  • Batuk yg teruk
  • Bersalin
  • Mengangkat berat
  • Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual  

Anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat buasir jika anda :-
Mempunyai ahli keluarga yang ada buasir, Mengandung, Mengalami batuk yang melampau dan berpanjangan Meneran semasa membuang air besar. Ini merupakan sebab paling biasa untuk mendapat buasir.

 Peringatan untuk diri sendiri
  • Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari
  • Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
  • Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
  • Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.



Ini lah ubat sapuan yang aku gunakan. 
Nama ubat sapuan ini MAYING LONG HEMORRHOIDS OINTMENT
Harganya RM 6.80. Bila aku sapu.. rasa berangin je dan ia tidak memedihkan.
Selamat mencuba!

12 comments:

Anonymous said...

Kat mana nak beli ubat ni? Farmasi atau kedai sihseh?

Unknown said...

ada jual di kedai sihseh..farmasi memang xde jual..nie ubat orang cina guna..

Anonymous said...

bole guna semasa mengandung x ubat ni?

Adyla said...

Boleh sbb sy prgnt pun gunaknnye

Anonymous said...

Brp lama agak2 blh sembuh guna ubt ni? Tutt sy bengkak n sapu ubt nih..3 hari sapu..bengkak x surut jgk..plus masuk ubat ikut tutt.. Takutttt x sembuh..

Adyla said...

ubat ni tok luaran dia ada ubat tok dalaman..tp sy xingt apa nama ubatnye.

amir azlan said...

HERBA...BILA MEMBELI UBATAN HERBA, PASTIKAN KANDUNGAN HERBA ITU SESUAI DENGAN SAKIT KITA ALAMI. UBATAN HERBA TIDAK DIKHASKAN UNTUK SEJENIS PENYAKIT SAHAJA, RUMUSAN PELBAGAI HERBA YANG AKAN MENGUATKAN KESAN ANTARA SETIAP HERBA BAGI MENCAPAI TUJUAN PERAWATAN. CONTOH HERBA DIDALAM P[RODUK DISPILES ADALAH:

FAKTA KANDUNGAN:
SCUTELLARIA BAICALENSIS RADIX

-Mengurangkan haba badan
-berkesan untuk masalah melecur
-Masalah imbangan kelembapan tubuh
- BAHAN MENTAH utama dalam perubatan China
- SUMBER FARMASEUTIKAL penghasilan OFEXTRACTED BAICALEIN DAN BAICALIN.
-PENYAKIT SEPERTI STRESS, ARTRITIS, Reumatoid, Kanser PROSTAT, KEMURUNGAN RINGAN, HEPATITIS

SANGUISORBA Officinalis
-Kaya dengan bahan astringen,
-memperlahan dan menyeimbangkan aliran darah dalam kadar yang betul.
-selamat digunakan samada secara oral(makan) atau sapu.
-biasa digunakan dalam rawatan peptik ulser, HAEMATURIA, menorrhagia, najis berdarah, disentri, cirit-birit, buasir dan melecur

COPTIS chinensis Rhizoma
-sangat terkenal dalam PERUBATAN Tradisional CINA
- SEBAGAI SUMBER Farmaseutikal BAGI penghasilan ISOQUINOLINE BERBERINE alkaloid, PALMATINE, HYDRASTINE, DAN COPTISINE dalam sesetengah pakar.
-KAJIAN MENCADANGKAN COPTIS BERBERINE (YANG Rendah alkaloid DALAM COPTIS) ADALAH ejen YANG BAGUSt UNTUK Mencegah KECEDERAAN usus DAN PENYAKIT KERENGSAAN BERKAITAN SISTEM USUS.

Radix Angelicae Sinensis
-ADALAH TONIC YANG BAIK UNTUK DARAH
-. Ia diguna secara meluas bagi masalah kelesuan, sakit kepala, stress, Masalah Haid, senggugut, kecederaan trauma, Sembelit, bengkak bernanah(bisul) dan lepuh melecet

LEDEBOURIELLA DIVARICATA Radix
-Sangat bermanfaat bagi masalah urin, paru-paru, limpa,dan hati
-Bertindak sebagai ejen membuang gelembung udara dalam badan.
- Melegakan kesakitan,kelembapan berlebihan, kekejangan otot, dan melegakan gatal-gatal.
-KEGUNAAN UTAMA untuk masalah luaran seperti SAKIT KEPALA, SAKIT BADAN, SAKIT DI Artritis Reumatis, sakit sakit Sendi, sakit perut DAN CIRIT-birit, Membantu masalah berak berdarah , anti-tetanus, pelega ruam akibat rubella, ulser, dll.

CACUMEN biota orientalis

- Digunakan meluas DALAM PERUBATAN Tradisional, terutamanya Untuk menyejukkan Darah DAN menghentikan pendarahan.
-Mengurangkan BATUK (hemoptysis)
-MUNTAH (HEMATEMESIS) darah
-berdarah hidung (epistaxis)
-Masalah Haid terlampau banyak
-najis berdarah.
- EXPELSPHLEGM (masalah BATUK), ANTI-BAKTERIA DAN ANTI-keradangan.

SOPHORRA japonica Fructus

MENGANDUNGI BAHAN AKTIF yang memainkan Peranan DALAM --antibakteria,
-ANTIOKSIDAN
- ANTI-kanser .
-sangat bagus untuk menguatkan kapilari darah DAN BOLEH Membantu masalah Lebam dan mudah berdarah
- MENGURANGKAN KOLESTERO dan membantu sistem kardiovaskular
-ejen penghalang kanser dan pra-kanser.

Fructus Citrus aurantium LANG
-kandungannya UNTUK gastro-usus (GI) Gangguan masalah ulser dalam usus , sembelit, cirit-birit, najis berdarah, dubur/vagina terkeluar (prolaps) ATAU rektum, tekanan usus.

herbarawatanbuasir.blogspot.com

amir azlan said...

hubungi saya 014 804 88 22 untuk info
lokasi bangi

itU TaKdIr hIdUpKu said...

Maaf..sya nak tnya MAYING LONG HEMORRHOIDS OINTMENT adakah ia halal???

Syireen amerlim said...

Minum air putih yang cukup boleh elakkan buasir.

amal alias said...

Pi beli gamat Healin makan...pantang makanan pedas dan minum air banyak masa buasir yg berdarah2 tu.InshaAllah hilang sakitnya...dah baik kalau nk makan pedas juga kena minum banyak air dan buah buahan...

Anonymous said...

Jika anda swtelah berubat tidak juga sembuh sila berhubung dgn tuan haji abdul kadir no telpon 0177598339. Semua bangsa tanpa mengira agama boleh berubat dgn beliau. Beliau mengguna mukjizat al quran, cara rawatan islam.

Total Pageviews