Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

KENALI KU

ASSALAMMUALAIKUM
Kepada semua pembaca blog ku..

Terbangnya warkah ini untuk memberitahu bahawa aku amat2+sangat2+bangat2 menghargai penat leleh korang baca blog aku nie..he3 kepada sesiapa yang sudi singgah selalu terima kasih sgt2.. aku amat menghargainya..walaupun kadang2 blog aku nie syok sendiri..he3,xkisah la yang penting korang sudi baca..

kepada kenalan baru salam perkenalan pada u all..

Thursday 9 June 2011

MUTIARA ILMU

PERKARA YANG MUNGKIN MEMBUATKAN KITA SUSAH

  1. Tidak solat
  2. Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan (kadang2 lupe :p)
  3. Makan atas pinggan yang terbalik
  4. Memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri
  5. Menganggap ringgan apa-apa yang terjatuh dalam hidangan makanan (selalunye geli la nk mkn & minum)
  6. Berwuduk ditempat buang air besar atau kecil (padan r mak aku mrh)
  7. Suka bersandar pada pintu rumah
  8. Suka duduk diatas tangga (time bgosip dgn sepupu)
  9. Membiasakan diri mencuci tangan didalam pinggan selepas makan (xde maknanya nak mls mcm nie sekali, mak aku mesti mrh)
  10. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung
  11. Tidak membersihkan rumah
  12. Membuang sampah atau menyapu dengan kain
  13. Suka membersihkan rumah pada waktu malam (kdg2 ade gak wt lagi2 time raya budak wat selerak)
  14. Suka tidur diatas muka
  15. Membakar kulit bawang
  16. Menjahit baju yang sedang dipakai (memang xelok pun)
  17. Mengelap muka dengan baju
  18. Berdiri sambil bercekak pinggang
  19. Tidur tidak memakai baju (xpenah wat lagi..he3)
  20. Makan sebelum mandi hadas
  21. Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh
  22. Pergi ke pasar sebelum matahari terbit
  23. Lambat pulang dari masjid
  24. Doakan perkara tidak baik kepada ibubapa dan anak-anak
  25. Tidak menutup makanan yang dihidangkan
  26. Suka memadam pelita dengan nafas
  27. Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup
  28. Membasuh kaki dengan tangan kanan
  29. Membuang air kecil pada air yang mengalir
  30. Memakai seluar sambil berdiri
  31. Memakai serban sambil duduk
  32. Mandi junub ditempat buang air atau tempat najis
  33. Makan dengan menggunakan 2 jari (2jari?? leh ke?)
  34. Berjalan diantara kambing
  35. Berjalan diantara 2 perempuan
  36. Suka mempermainkan janggut
  37. Suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut
  38. Meletakkan tapak tangan pada hidung
  39. Suka menggigit kuku dengan mulut
  40. Mendedahkan aurat dibawah sinaran matahari dan bulan
  41. Mengadap kiblat ketika membuang air besar atau kecil
  42. Menguap ketika solat (selalu gak terjadi)
  43. Meludah ditempat buang air besar atau kecil

Saturday 21 May 2011

DOA KEKASIH UNTUK KEKASIH

SDC11875


Dengan nama Allah yang maha

Pengasih lagi maha penyayang


Ya ALLAH…

Seandainya telah engkau catatkan..

Dia milik tercipta buatku…

Satukanlah hatinya dengan hati ku…

Titipkan lah kebahagian antara kami…

Agar kemersaan itu abadi…


Ya ALLAH…

Ya tuhan ku yang maha mengasihi…

Seiringkan lah kami melayari hidup ini…

Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Maka jodohkan lah kami….


Tetapi, Ya ALLAH..

Seandainya telah engkau takdirkan..

Dia bukan milikku..

Bawa lah dia jauh dari pandanganku…

Lupakan lah dia dari ingatanku..

Dan peliharalah aku dari kekecewaan…


Ya ALLAH…Ya tuhan ku yang maha mengerti…

Berikan lah aku kekuatan..

Menolak bayangan jauh ke dada langit..

Hilang bersama senja yang merah..

Agar ku sentiasa tenang..

Walaupun tanpa bersama denganmu..


Ya ALLAH yang tercipta..

Pasrahkan lah aku dengan takdir mu..

Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan…

Adalah yang terbaik untuk ku..

Sesungguhnya engkau maha mengetahui..

Segala yang terbaik buat hamba mu ini…



Ya ALLAH..

Cukup lah engkau sahaja yang menjadi pemelihara ku..

Didunia dan akhirat..

Dengarkanlah rintihan dari hambamu..

Yang daif ini..

Janganlah engkau biarkan aku sendirian..

Didunia ini mahupun di akhirat..

Menjuruskan aku kea rah kemaksiatan dan kemungkaran..

Maka kurniakan lah aku seorang..

Pasangan yang beriman..

Agar aku dan dia sama-sama dapat..

Membina kesejahteraan hidup..

Ke jalan yang engkau redhai..

Dan kurniakan lah pada ku..

Keturunan yang soleh dan solehah…


Ya ALLAH… Berikan lah kami kebahagian..

Didunia dan akhirat..

Dan pelihara lah kami..

Dari azab api neraka..

Amin..Amin… Ya RABBAL,AALAMI


Monday 16 May 2011

Novela : RINDU DI AWAN BIRU




JANGANKAN berkahwin, bercinta pun Hanan tidak ingin. Menjadi seorang isteri tiada di dalam kamus hidupnya. Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuatkan dia jadi fobia. Baginya, lelaki hanya tahu berpoligami, tapi tidak tahu menjadi suami.

Pertemuan tanpa disangka di awan biru dengan Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne mengubah persepsinya terhadap lelaki. Bernikah di Masjid Biru dan berbulan madu di Istanbul bagaikan suatu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Tapi takdir menentukan dia bukan setakat menjadi seorang isteri, bahkan tanpa rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami.

Akibat difitnah, Hanan diceraikan dengan talak tiga. Dalam pilu, dia diburu rindu. Dalam duka, dia mengharapkan bahagia. Sanggupkah dia "bercina buta" untuk kembali ke pangkuan Akmal, sedangkan kehadiran Ridz mula membawa cahaya di dalam hidupnya?


Dah habis baca dah.. lama betul aku xlayan novel2 nie.. nie la novel terbaru aku beli (sebenarnya xla terbaru sangat, aku je yang ketinggalan hehehe) memandangkan aku bz je ngan preparation for my weeding..dapat gak aku luangkan masa tok "masuk dalam dunia khayalan novel"..he3. Aku suka novel2 yang tertemakan "percintaan selepas perkahwinan".. pada aku ia akan menjadi suatu perhubungan yang lagi indah dengan terjalinnya ikatan yang sah..cewahh..

Pengajaran yang kita boleh ambil :
  1. Utamakan family walau macamana buruk dan jahat pun sesorang itu, dia tetap family kita di dunia akhirat.
  2. Bagi kaum hawa, before korang setuju tok berkahwin korang kena selidik latar belakang pasangan kita, mana lah tahu suami orang ke, tunang orang ke dan sewaktu dengan 'hak2' orang nie..
  3. Percaya pada pasangan kita,jangan mudah membuat keputusan tanpa usul periksa..
  4. Gaduh macamana sekali pun bagi kaum lelaki, jangan pernah bermain dengan 'TALAK'. Kalau setakat jatuh talak 1 atau 2 masih boleh lagi rujuk..tapi kalau talak 3?? Perkahwinan itu menjadi haram jika tujuannya untuk mempermainkan & mempersendakan ikatan itu.
Renung-renungkan & selamat beramal..

Thursday 14 April 2011

Nak Share Je


FIRE WORK AT DISNEYLAND HONG KONG

6.50PM


6.55PM


7.00PM


7.15PM









Pelik tapi BENAR



Cube tengok telur nie betul2
ia melekat!
Pelik kan??
Kalo manusia ade, kembar seiras
telur pon ade, kembar sebiji
Pape pon kuasa tuhan..
nie tandanya
zaman nak berakhir
dylaa..sedo2 la cikit..
bila sebut je macam nie
rasa takut sangat
dosa banyak pahala kurang..
kawin pon belum nie
YaALLAH takutnye..

Gelak Sampai Gulingg

Belanja


Bedah


Balas Dendam


Bahasa Asing


Awasi

dulu... & sekarang!!


hi semua..
dah lame x update blog nie
kadang2 mood xde
nak cite panjang pon
xde idea..hehehe (alasan la tu..)



Anak sape nie???
jeng..jengg..jenggg..
jangan terperanjattt...
nie bukan anak sape2
nie 'AKU' time kecik2 dulu
time tu hinggus pon mak tolong buangkan
apa yang mak pakaikan ikut je
baju kurung pon baju kurung lahh
pas mandi mak cakap
dia suke sapu bedak banyak2
baru orang tahu tanda dah mandi..katanye
dulu mak xbagi rambut panjang
kecik2 susah nak jaga
potong pendek kemas..
so, aku kene la ikuttt
kecik2 lagi xtahu melawa..



sampai la...
dah besar panjang pon aku pakai baju kurung lagi
mak cakap "ppuan melayu kena pakai bj kurung
baru nampak keayuannya.."
mak cakap kononn..hehehe
time nie dah pandai la cikit2 melawa
bedak dah xpenuh macam tu lagi
rambut pon dah pandai berfesyen

dulu dan sekarang memang dah lain
pape pon aku sayang mak aku..!!!
love u mak!!

p/s : sebab mak aku gak la..
gambar aku kecik2
ade lagi..
sebenarnye
bukan setakat gambar je
tapi baju time baru2 lahir,
baju gaun time aku jadi pengampit,
baju mak kait sendiri,
buku aku time tadika n sekolah rendah,
lukisan yang penah aku lukis time sekolah dulu..
mak cakap kenangan
nanti bila aku ade anak
dia nak turunkan lak
kat anak akuu..
malu nyee tapi amin..














Monday 11 April 2011

Gelak Sampai Gulingg

Arus Perubahan


Anti Virus


Ambil Tahu


Ambil Kesempatan


Ajaib


Air Sungai


Alasan





















Saturday 2 April 2011

Demi Cinta Suci

Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com

Pernah hatiku luka pedih
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna

C/O :
Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Demi cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi

Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai

Hong Kong Trip -4th day & last day


4th day & last day :
nie la tempat paling aku nanti2kan..
DISNEYLAND in HONG KONG..
sume game kat citu boleh dikatakan aku main..
memang best gile..!!






kitaorang dibawa meronda2...
pas penat meronda...baru kitaorang start main game...




"tu la..dulu time kecil2 xberpeluang main...
dah tua2 baru merasa.."
hehehe..



MERLIN's HOUSE


TARZAN's HOUSE


FANTASY GARDENs



 JUNGLE


tepat pukul 8pm..
firework akan bermula..
tapi tiap tu..bateri camera aku dah kong langsung..
sayangg sangat!!
maklum lah 1 hari ambil gambo..
semua tempat aku gi aku ambil gambo..hehehe.. 
dari kul 9am hingga lah kul 8.30pm..
penat gile berjalan..
tapi puas hati...
kat cini buah tangan memang mahal..
aku dah gak beli FM sebagai buah tangan tok diri aku sendiri..hehehe
and aku beli gula2 mickeymouse tok anak buah aku.. 
suke betul dia! 
kalo korang nak tau
kat sini xade makan halal
jadi kami terpaksa
sorok2 makanan 
kalo x mati kelaparan la
orang2 islam kite..
pape pon 
disneyland memang best lah!


Total Pageviews