Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

KENALI KU

ASSALAMMUALAIKUM
Kepada semua pembaca blog ku..

Terbangnya warkah ini untuk memberitahu bahawa aku amat2+sangat2+bangat2 menghargai penat leleh korang baca blog aku nie..he3 kepada sesiapa yang sudi singgah selalu terima kasih sgt2.. aku amat menghargainya..walaupun kadang2 blog aku nie syok sendiri..he3,xkisah la yang penting korang sudi baca..

kepada kenalan baru salam perkenalan pada u all..

Thursday 24 August 2017

Pusat Rawatan Perubatan Islam

As Salam,

Hampir 4 tahun aku xupdate blog ini.. Hahaha.. Rindu rasanya. Skrg sudah ada tambahan 'handbeg'..bertambah laaa xada masa nk mengadap semut-semut manis ini.. Lebih-lebih lagi ada baby ini..

OK berbalik dengan topic kita hari ini.. Aku nak share 1 pengalaman yang aku sendiri mengalaminya.

Susulan dari blog aku sebelum ini tentang Senarai Pusat Rawatan Perubatan Islam di JB. Aku nak selitkan lagi 1 tempat yang mak aku sendiri berubat dan dengan izin ALLAH setelah hampir 8 tahun mak aku sakit akibat saka dan santau.. Dan hampir 2 tahun mak aku solat menggunakan kerusi. Akhirnya mak aku mampu solat seperti biasa..sujud syukur sangat mak.

Dipendekkan cerita, dibukakan pintu hati hamba ALLAH ini untuk datang ke rumah mak aku setelah dia mendengar masalah yang dialami oleh mak aku dari seorang sepupu aku yang kini telah menjadi anak didikkan dia untuk merawat orang.

Rawatannya mengambil masa yang lama hampir 3 jam..tapi jangan bimbang mereka mengubat mak aku dalam keadaan berlapik dan semua waris mak aku ada. Kira depan mata aku lah.. Terus terang ngantuk juga kami menunggu.. Hahaha.
Setelah dia rawat mak aku.. Dia bagi kami peluang untuk bertanya dgn jin itu apa sahaja persoalan yang kami nak tahu.

Didepan mata aku sendiri anaknya menjadi perantaraan ngn jin tersebut..dimana dia bertanya pada anaknya, Dan anaknya akan menjawab wakil kepada jin itu.. Menurut Ustaz terbabit agak susah untuk mencari kewujudan jin itu sebab dia pandai bersembunyi..
Antara soalan kami :
- Dari mana asal keturunan
- Kenapa kacau mak
- Sudah berapa lama kacau mak
- Nak kacau sampai bila
- Bagi mak sakit apa dan macamana
- Dan mcm2 lagi soalan

Tapi paling aku terkejut..rupanya mak aku Dan aku pernah gugur anak pertama adalah kerja jin itu.. Siap dia cakap 'APA salahnya aku ambil sikit (sebagai makanan jin)' meremang bulu tengkuk aku dengar. Sebab aku dilahirkan dalam keturunan rahim yang sama..maksudnya kalau aku ada anak perempuan kemungkinan besar akan mengalami nasib yang sama seperti aku dan mak aku.

Selepas ustaz itu balik. Mak aku seperti biasa nak menunaikan solat dengan niat tak nak menggunakan kerusi lagi tanpa sebarang harapan. Rupanya harapan itu betul2 ada.. Mak mampu solat tanpa menggunakan kerusi lagi..rupanya INI semua angkara sakit dari perbuatan jin itu..

Alhamdulilah.. Dgn izin ALLAH yang mengerakkan hati manusia untuk menolong dan dengan izin ALLAH mak mampu solat seperti biasa.. Akhirnya sekian lama sakit mak bertemu jodoh juga untuk sembuh dengan ustaz ini..




Semoga dengan perkongsian aku ini dapat membantu serba sedikit dalam mencari Rawatan secara Islam terutamanya sakit yang berkaitan dengan saka ini.. Sebaiknya hubungi terlebih dahulu sebab Ustaz Saad ni area KL tp mak aku area JB.. (ALLAH gerakkan hati ustaz untuk membantu kami disini..) 





Total Pageviews