As Salam & Selamat Pagi.
Sekejap je dah besar dah anak mama. Kemarin petang kami pergi scan 4D.
Happy + xsabar + gementar + takut pun ada.. semua bercampur.
Sepanjang perjalanan aku berdoa & selawat mengharapkan
kesempurnan fizikal luar & dalam anak aku.
Takut juga.. kalau2 DIA nak menguji kami. Mudah-mudahan selamat segalanya.
Awal2 lagi aku dah cakap dengan baby.."baby nanti petang papa nak bawa kita g scan, mama nak tengok anak mama yang comel nie..tapi baby kena janji jangan sembunyi ye sayang.. mama sayang baby!"
tu la kata2 bunga aku pada anak aku..
mane la tahu dia tutup muka ke, sembunyi ke, malu2 gitu.. :)
JOHOR JAYA MATERNITY CENTRE SDN BHD
DR. WONG CHUAN LUN
21, Jalan Dedap 6, Taman Johor Jaya,
81100 Johor Bahru, Johor
No. Tel : 07-3553388
Selepas buat appointment, kami pun menuju ke destinasi..
Jenuh juga nak cari klinik ini, bukan apa signboard semuanya dah ditampal dengan iklan 'along'..
jadi agak payah la nk mencari..
xpe...usaha..
Mula2 doctor akan scan guna 2D dulu. Selepas itu, baru masuk 4D.
Saat itu aku rasa macam nak nangis pun ada.. bahagia sangat!
dapat tengok ciptaan Allah yang selama ini aku bawa ke mana sahaja.
Peneman aku selama hampir 7 bulan ini.
Menurut doctor, muka anak aku berhadapan dengan uri.
Jadi xberapa clear la nak tengok full face dia.
Kalau korang nak tahu, 4D scan ini berguna untuk kita mengetahui
kalau2 anak kita ada sebarang masalah fizikal,
dari segi muka ke, jari jemari ke, kaki, tangan, jantung & etc..
harap2 anak aku sempurna segalanya, amin!
Sekarang anak aku dah masuk 26 minggu 5hari, berat dia 993 g. Doctor cakap ok la..takut gak kan anak aku kurang berat ke. Sebab sepanjang aku mengandung badan aku xnaik pun. Tetap kurus gak.
Perut ini sentiasa lapar..makan je la. tapi badan tetap gitu juga.
Tu yang aku risau, mane la tahu ia memberi kesan pada anak aku..
Cube teka apa jantina saya..? :)
Sedapnye dia tidur.. siap letak tangan bawa dagu lagi..
Papa cakap "nape baby masam je.."
mama tolong jawab ye sayang, " iyela, dia nak tidur kite kacau.. nasib baik dia xtutup muka.. hehehe.."
Dengan bayaran RM160, korang akan dapat 1 CD, 1 Picture 4D & 1 Picture 2D.
Sebenarnya aku kejarkan CD tu,
bukan apa boleh lah aku cuci seberapa banyak aku nak..
Tempat lain ada juga 4D scan tapi semua x include CD sekali.
Memang rezeki anak aku, kami dapat free gift lagi. Rezeki..
terima kasih ye..
Lebih kurang lagi 3 bulan kita akan berjumpa ye sayang.. mudah-mudahan segalanya berjalan dengan lancar & sempurna, Amin.
6 comments:
Ya Allah bahagia nye rasa... hope mas pun dpt rasa bnda yg sama xlama lg
masz homemade : Sudah pasti! masa awak akan tiba juga.. sekarang DIA nak awak tumpang bahagia orang dulu, sebab xlama lagi kebahagian itu milik awak pulak..percaya la! :)
kte rs mst ank laki...tul x
syai : malunye...auntie dah tahu jantina saye la..:)
Hai
dr wong lelaki ke perempuan?
Post a Comment