As salam & Selamat pagi semua. Hari ini kita cerita tentang topik kesihatan ye. Pernah dengar 'buasir'?? Buasir adalah salah satu penyakit yang amat ditakuti terutama bagi ibu-ibu mengandung macam aku ini. Iyelah, konon-konon hasrat dihati nak melahirkan secara normal. Sebab bila, kita meneran untuk bersalin, kemungkinan besar buasir juga akan terkeluar. Pernah terjadi pada sepupu aku. Kecian sungguh, sampai keluar buasir dia sewaktu bersalin secara normal. Dan paling menyedihkan doktor terpaksa operation ketulan buasir itu sebab dah xboleh masuk balik. Cuba bayangkan, dah lah sakit bersalin pastu sakit operation akibat buasir pula. Kesian betul.
Sebenarnya, aku bincang topik ini sebab aku pernah kena dulu..hehehe. Pastu aku beli ubat sapuan. Alhamdulilah buasir itu mengecut. Tapi bila dah kena sekali penyakit ini agak payah nak baik terus. Kena jaga betul2, sebab penyakit ini boleh berulang. Dan ia telah berulang pada aku sendiri, kerna kini aku sedang mengalaminya lebih2 lagi kini........aku sedang mengandung. Sedih gile.
Sejak disahkan mengandung aku kerap membuang air besar. Bila aku tanya pada doktor, slamber je doktor itu menjawab..... " selama ini awak berak berapa kali " rasa mcm batu menghentam kepala. Aku jawab la dengan berhemah walaupun rasa mcm bengang je. Menurut doktor ia adalah normal.
Ok aku terangkan serba sedikit maklumat tentang penyakit buasir ini.
dr google |
Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak dibahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran disekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.
Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah dibahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.
Penyebab Utama
- Sentiasa duduk
- Meneran (ketika najis keras / sembelit)
- Cirit-birit
- Duduk mencangkung di dlm tandas terlalu lama
- Batuk yg teruk
- Bersalin
- Mengangkat berat
- Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual
Anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat buasir jika anda :-
Mempunyai ahli keluarga yang ada buasir, Mengandung, Mengalami batuk
yang melampau dan berpanjangan Meneran semasa membuang air besar. Ini
merupakan sebab paling biasa untuk mendapat buasir.
Peringatan untuk diri sendiri
- Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari
- Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
- Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
- Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.
Ini lah ubat sapuan yang aku gunakan.
Nama ubat sapuan ini MAYING LONG HEMORRHOIDS OINTMENT.
Harganya RM 6.80. Bila aku sapu.. rasa berangin je dan ia tidak memedihkan.
Selamat mencuba!