Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

KENALI KU

ASSALAMMUALAIKUM
Kepada semua pembaca blog ku..

Terbangnya warkah ini untuk memberitahu bahawa aku amat2+sangat2+bangat2 menghargai penat leleh korang baca blog aku nie..he3 kepada sesiapa yang sudi singgah selalu terima kasih sgt2.. aku amat menghargainya..walaupun kadang2 blog aku nie syok sendiri..he3,xkisah la yang penting korang sudi baca..

kepada kenalan baru salam perkenalan pada u all..

Monday, 16 May 2011

Novela : RINDU DI AWAN BIRU




JANGANKAN berkahwin, bercinta pun Hanan tidak ingin. Menjadi seorang isteri tiada di dalam kamus hidupnya. Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuatkan dia jadi fobia. Baginya, lelaki hanya tahu berpoligami, tapi tidak tahu menjadi suami.

Pertemuan tanpa disangka di awan biru dengan Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne mengubah persepsinya terhadap lelaki. Bernikah di Masjid Biru dan berbulan madu di Istanbul bagaikan suatu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Tapi takdir menentukan dia bukan setakat menjadi seorang isteri, bahkan tanpa rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami.

Akibat difitnah, Hanan diceraikan dengan talak tiga. Dalam pilu, dia diburu rindu. Dalam duka, dia mengharapkan bahagia. Sanggupkah dia "bercina buta" untuk kembali ke pangkuan Akmal, sedangkan kehadiran Ridz mula membawa cahaya di dalam hidupnya?


Dah habis baca dah.. lama betul aku xlayan novel2 nie.. nie la novel terbaru aku beli (sebenarnya xla terbaru sangat, aku je yang ketinggalan hehehe) memandangkan aku bz je ngan preparation for my weeding..dapat gak aku luangkan masa tok "masuk dalam dunia khayalan novel"..he3. Aku suka novel2 yang tertemakan "percintaan selepas perkahwinan".. pada aku ia akan menjadi suatu perhubungan yang lagi indah dengan terjalinnya ikatan yang sah..cewahh..

Pengajaran yang kita boleh ambil :
  1. Utamakan family walau macamana buruk dan jahat pun sesorang itu, dia tetap family kita di dunia akhirat.
  2. Bagi kaum hawa, before korang setuju tok berkahwin korang kena selidik latar belakang pasangan kita, mana lah tahu suami orang ke, tunang orang ke dan sewaktu dengan 'hak2' orang nie..
  3. Percaya pada pasangan kita,jangan mudah membuat keputusan tanpa usul periksa..
  4. Gaduh macamana sekali pun bagi kaum lelaki, jangan pernah bermain dengan 'TALAK'. Kalau setakat jatuh talak 1 atau 2 masih boleh lagi rujuk..tapi kalau talak 3?? Perkahwinan itu menjadi haram jika tujuannya untuk mempermainkan & mempersendakan ikatan itu.
Renung-renungkan & selamat beramal..

9 comments:

kurus said...

huhuhu sorry dik .. kak bukan pengemar novel huuh

. said...

minat novel eh ? same laa kite .

sepp ! hahahaha . tp sy tak suke novel love . jiwang haih ! hehehe

NM02 said...

lama tak baca novel. skang ni makin malas nak membaca. eh, saya rasa dah follow kamu, tapi naper takde ek? tak pe, ai follow balik... *__"

ratusiput said...

mcm pernah ku lihat novel ni...

Adyla said...

NM02: xtau r kak..sy pon dah 3 kali follow akak..ke line blog nie yang gile..:(

Adyla said...

NW02: kak dah de da..nama akak dlm my follower..anyway..thks :)

Rina Rahamat said...

dulu ms bujang mmg layan novel alaf 21 neh..tp bila dah kawen genre bacaan dah berubah..

Rina Rahamat said...

opss kejap..meen zulaikha nilah yg tulis cerita nora elena yg tgh top kat tv3 tukan..suka sgt citer nora elena..

Adyla said...

rina : a'ah..sy pon layan cite tu gak..best kan..pelakon dia pon best2..

Total Pageviews