Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

KENALI KU

ASSALAMMUALAIKUM
Kepada semua pembaca blog ku..

Terbangnya warkah ini untuk memberitahu bahawa aku amat2+sangat2+bangat2 menghargai penat leleh korang baca blog aku nie..he3 kepada sesiapa yang sudi singgah selalu terima kasih sgt2.. aku amat menghargainya..walaupun kadang2 blog aku nie syok sendiri..he3,xkisah la yang penting korang sudi baca..

kepada kenalan baru salam perkenalan pada u all..

Saturday, 21 May 2011

DOA KEKASIH UNTUK KEKASIH

SDC11875


Dengan nama Allah yang maha

Pengasih lagi maha penyayang


Ya ALLAH…

Seandainya telah engkau catatkan..

Dia milik tercipta buatku…

Satukanlah hatinya dengan hati ku…

Titipkan lah kebahagian antara kami…

Agar kemersaan itu abadi…


Ya ALLAH…

Ya tuhan ku yang maha mengasihi…

Seiringkan lah kami melayari hidup ini…

Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Maka jodohkan lah kami….


Tetapi, Ya ALLAH..

Seandainya telah engkau takdirkan..

Dia bukan milikku..

Bawa lah dia jauh dari pandanganku…

Lupakan lah dia dari ingatanku..

Dan peliharalah aku dari kekecewaan…


Ya ALLAH…Ya tuhan ku yang maha mengerti…

Berikan lah aku kekuatan..

Menolak bayangan jauh ke dada langit..

Hilang bersama senja yang merah..

Agar ku sentiasa tenang..

Walaupun tanpa bersama denganmu..


Ya ALLAH yang tercipta..

Pasrahkan lah aku dengan takdir mu..

Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan…

Adalah yang terbaik untuk ku..

Sesungguhnya engkau maha mengetahui..

Segala yang terbaik buat hamba mu ini…



Ya ALLAH..

Cukup lah engkau sahaja yang menjadi pemelihara ku..

Didunia dan akhirat..

Dengarkanlah rintihan dari hambamu..

Yang daif ini..

Janganlah engkau biarkan aku sendirian..

Didunia ini mahupun di akhirat..

Menjuruskan aku kea rah kemaksiatan dan kemungkaran..

Maka kurniakan lah aku seorang..

Pasangan yang beriman..

Agar aku dan dia sama-sama dapat..

Membina kesejahteraan hidup..

Ke jalan yang engkau redhai..

Dan kurniakan lah pada ku..

Keturunan yang soleh dan solehah…


Ya ALLAH… Berikan lah kami kebahagian..

Didunia dan akhirat..

Dan pelihara lah kami..

Dari azab api neraka..

Amin..Amin… Ya RABBAL,AALAMI


Monday, 16 May 2011

Novela : RINDU DI AWAN BIRU




JANGANKAN berkahwin, bercinta pun Hanan tidak ingin. Menjadi seorang isteri tiada di dalam kamus hidupnya. Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuatkan dia jadi fobia. Baginya, lelaki hanya tahu berpoligami, tapi tidak tahu menjadi suami.

Pertemuan tanpa disangka di awan biru dengan Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne mengubah persepsinya terhadap lelaki. Bernikah di Masjid Biru dan berbulan madu di Istanbul bagaikan suatu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Tapi takdir menentukan dia bukan setakat menjadi seorang isteri, bahkan tanpa rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami.

Akibat difitnah, Hanan diceraikan dengan talak tiga. Dalam pilu, dia diburu rindu. Dalam duka, dia mengharapkan bahagia. Sanggupkah dia "bercina buta" untuk kembali ke pangkuan Akmal, sedangkan kehadiran Ridz mula membawa cahaya di dalam hidupnya?


Dah habis baca dah.. lama betul aku xlayan novel2 nie.. nie la novel terbaru aku beli (sebenarnya xla terbaru sangat, aku je yang ketinggalan hehehe) memandangkan aku bz je ngan preparation for my weeding..dapat gak aku luangkan masa tok "masuk dalam dunia khayalan novel"..he3. Aku suka novel2 yang tertemakan "percintaan selepas perkahwinan".. pada aku ia akan menjadi suatu perhubungan yang lagi indah dengan terjalinnya ikatan yang sah..cewahh..

Pengajaran yang kita boleh ambil :
  1. Utamakan family walau macamana buruk dan jahat pun sesorang itu, dia tetap family kita di dunia akhirat.
  2. Bagi kaum hawa, before korang setuju tok berkahwin korang kena selidik latar belakang pasangan kita, mana lah tahu suami orang ke, tunang orang ke dan sewaktu dengan 'hak2' orang nie..
  3. Percaya pada pasangan kita,jangan mudah membuat keputusan tanpa usul periksa..
  4. Gaduh macamana sekali pun bagi kaum lelaki, jangan pernah bermain dengan 'TALAK'. Kalau setakat jatuh talak 1 atau 2 masih boleh lagi rujuk..tapi kalau talak 3?? Perkahwinan itu menjadi haram jika tujuannya untuk mempermainkan & mempersendakan ikatan itu.
Renung-renungkan & selamat beramal..

Total Pageviews