- Tidak solat
- Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan (kadang2 lupe :p)
- Makan atas pinggan yang terbalik
- Memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri
- Menganggap ringgan apa-apa yang terjatuh dalam hidangan makanan (selalunye geli la nk mkn & minum)
- Berwuduk ditempat buang air besar atau kecil (padan r mak aku mrh)
- Suka bersandar pada pintu rumah
- Suka duduk diatas tangga (time bgosip dgn sepupu)
- Membiasakan diri mencuci tangan didalam pinggan selepas makan (xde maknanya nak mls mcm nie sekali, mak aku mesti mrh)
- Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung
- Tidak membersihkan rumah
- Membuang sampah atau menyapu dengan kain
- Suka membersihkan rumah pada waktu malam (kdg2 ade gak wt lagi2 time raya budak wat selerak)
- Suka tidur diatas muka
- Membakar kulit bawang
- Menjahit baju yang sedang dipakai (memang xelok pun)
- Mengelap muka dengan baju
- Berdiri sambil bercekak pinggang
- Tidur tidak memakai baju (xpenah wat lagi..he3)
- Makan sebelum mandi hadas
- Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh
- Pergi ke pasar sebelum matahari terbit
- Lambat pulang dari masjid
- Doakan perkara tidak baik kepada ibubapa dan anak-anak
- Tidak menutup makanan yang dihidangkan
- Suka memadam pelita dengan nafas
- Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup
- Membasuh kaki dengan tangan kanan
- Membuang air kecil pada air yang mengalir
- Memakai seluar sambil berdiri
- Memakai serban sambil duduk
- Mandi junub ditempat buang air atau tempat najis
- Makan dengan menggunakan 2 jari (2jari?? leh ke?)
- Berjalan diantara kambing
- Berjalan diantara 2 perempuan
- Suka mempermainkan janggut
- Suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut
- Meletakkan tapak tangan pada hidung
- Suka menggigit kuku dengan mulut
- Mendedahkan aurat dibawah sinaran matahari dan bulan
- Mengadap kiblat ketika membuang air besar atau kecil
- Menguap ketika solat (selalu gak terjadi)
- Meludah ditempat buang air besar atau kecil
KENALI KU
ASSALAMMUALAIKUMKepada semua pembaca blog ku..Terbangnya warkah ini untuk memberitahu bahawa aku amat2+sangat2+bangat2 menghargai penat leleh korang baca blog aku nie..he3 kepada sesiapa yang sudi singgah selalu terima kasih sgt2.. aku amat menghargainya..walaupun kadang2 blog aku nie syok sendiri..he3,xkisah la yang penting korang sudi baca..kepada kenalan baru salam perkenalan pada u all..
Thursday, 9 June 2011
MUTIARA ILMU
Saturday, 21 May 2011
DOA KEKASIH UNTUK KEKASIH
Dengan nama Allah yang maha
Pengasih lagi maha penyayang
Ya ALLAH…
Seandainya telah engkau catatkan..
Dia milik tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hati ku…
Titipkan lah kebahagian antara kami…
Agar kemersaan itu abadi…
Ya ALLAH…
Ya tuhan ku yang maha mengasihi…
Seiringkan lah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkan lah kami….
Tetapi, Ya ALLAH..
Seandainya telah engkau takdirkan..
Dia bukan milikku..
Bawa lah dia jauh dari pandanganku…
Lupakan lah dia dari ingatanku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…
Ya ALLAH…Ya tuhan ku yang maha mengerti…
Berikan lah aku kekuatan..
Menolak bayangan jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja yang merah..
Agar ku sentiasa tenang..
Walaupun tanpa bersama denganmu..
Ya ALLAH yang tercipta..
Pasrahkan lah aku dengan takdir mu..
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik untuk ku..
Sesungguhnya engkau maha mengetahui..
Segala yang terbaik buat hamba mu ini…
Ya ALLAH..
Cukup lah engkau sahaja yang menjadi pemelihara ku..
Didunia dan akhirat..
Dengarkanlah rintihan dari hambamu..
Yang daif ini..
Janganlah engkau biarkan aku sendirian..
Didunia ini mahupun di akhirat..
Menjuruskan aku kea rah kemaksiatan dan kemungkaran..
Pasangan yang beriman..
Agar aku dan dia sama-sama dapat..
Membina kesejahteraan hidup..
Ke jalan yang engkau redhai..
Dan kurniakan lah pada ku..
Keturunan yang soleh dan solehah…
Ya ALLAH… Berikan lah kami kebahagian..
Didunia dan akhirat..
Dan pelihara lah kami..
Dari azab api neraka..
Amin..Amin… Ya RABBAL,AALAMI
Monday, 16 May 2011
Novela : RINDU DI AWAN BIRU

Pertemuan tanpa disangka di awan biru dengan Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne mengubah persepsinya terhadap lelaki. Bernikah di Masjid Biru dan berbulan madu di Istanbul bagaikan suatu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Tapi takdir menentukan dia bukan setakat menjadi seorang isteri, bahkan tanpa rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami.
Akibat difitnah, Hanan diceraikan dengan talak tiga. Dalam pilu, dia diburu rindu. Dalam duka, dia mengharapkan bahagia. Sanggupkah dia "bercina buta" untuk kembali ke pangkuan Akmal, sedangkan kehadiran Ridz mula membawa cahaya di dalam hidupnya?
- Utamakan family walau macamana buruk dan jahat pun sesorang itu, dia tetap family kita di dunia akhirat.
- Bagi kaum hawa, before korang setuju tok berkahwin korang kena selidik latar belakang pasangan kita, mana lah tahu suami orang ke, tunang orang ke dan sewaktu dengan 'hak2' orang nie..
- Percaya pada pasangan kita,jangan mudah membuat keputusan tanpa usul periksa..
- Gaduh macamana sekali pun bagi kaum lelaki, jangan pernah bermain dengan 'TALAK'. Kalau setakat jatuh talak 1 atau 2 masih boleh lagi rujuk..tapi kalau talak 3?? Perkahwinan itu menjadi haram jika tujuannya untuk mempermainkan & mempersendakan ikatan itu.
Thursday, 14 April 2011
Pelik tapi BENAR

dulu... & sekarang!!
Monday, 11 April 2011
Saturday, 2 April 2011
Demi Cinta Suci
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna
C/O :
Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga
Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa
Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Demi cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi
Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai
Hong Kong Trip -4th day & last day
dah tua2 baru merasa.."