Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

KENALI KU

ASSALAMMUALAIKUM
Kepada semua pembaca blog ku..

Terbangnya warkah ini untuk memberitahu bahawa aku amat2+sangat2+bangat2 menghargai penat leleh korang baca blog aku nie..he3 kepada sesiapa yang sudi singgah selalu terima kasih sgt2.. aku amat menghargainya..walaupun kadang2 blog aku nie syok sendiri..he3,xkisah la yang penting korang sudi baca..

kepada kenalan baru salam perkenalan pada u all..

Tuesday, 11 December 2012

Bersabar

As salam semua.

Mudah diucapkan. Tapi xsemua orang mampu melakukannya. Salah seorang darinya adalah aku.

Sabar itu separuh dari iman. Tapi mampu ke aku menahan kesabaran itu? Ternyata kadang-kadang aku tersunggur juga. Aku hanya mampu menahan dari ia terus membara, tetapi aku xmampu menolak dari ia terus mengkuasai. Akal kita hanya mampu berfikir selagi ia berada dilandasan yang waras. Tetapi, macamana pula jika ia telah tersasar. Selama mana pun kita bersabar, pasti akan ada masanya ia meletup. Ibarat gunung berapi yang membuakkan lavanya ke dasar gunung.

Mungkin tuhan itu mahu menguji aku. Menambahkan lagi keimanan & ketaqwaan aku kepadanya. Tapi mampukah aku menerima dugaan ini. Pasti DIA memberi padaku kerna aku mampu menanggungnya. Tidak akan DIA memberikan kepada ku cubaan yang tidak mampu aku tanggungi.

Saat aku mendapat berita gembira. Pasti akan ada hati manusia yang tidak puas & tidak suka melihat kebahagian insan lain. Aku hanya mampu bersabar. Untuk apa aku terus memikirkan sesuatu yang tidak patut & tidak wajar aku fikirkan. Ia bakal membebankan fikiran & hati ku sahaja. Tapi mampukah aku menahannya? DIA beri aku rezeki & DIA juga menduga ku dengan kesabaran sikap manusia. Sikap manusia yang membuatkan aku terfikir untuk meninggalkannya. Tapi mampukah aku melakukannya disaat benih yang ada didalam rahim ku ini amat memerlukan keperluan itu. Jangan kalian tersalah fikir. Bukan suami ku yang ingin diceritakan. Tetapi sikap orang yang berada disekelilingku. Manusia yang boleh dikatakn 8jam sehari aku akan ketemu.Yang mana waktu siang ku, banyak berurusan dengan nya. 
Ermm... rasa bagai satu plastik yang terbuka secara perlahan-perlahan. Memperlihatakn segala sikap buruknya satu persatu.

Kasihan pada anak ku. Dia terpaksa melalui perasaan sakit hati ini. Sayang, maafkan mama..mama akan bersabar selagi termampu. Manusia ini pernah melalui saat seperti mama, berkahwin, mengandung & melahirkan anak. Tetapi kenapa ia tidak memahami keadaan mama. Sungguh kejam! Keji & terlalu busuk hatinya terhadap mama. Jika perasaan sakit hati ini yang mama turuti pasti notis 24jam telah mama berikan. Tetapi kerna fikir panjang & waras. Mama tetap disini.

Bukan mudah memperolehi kerja disaat aku berbadan dua. Dan bukan mudah tanggungjawab ku untuk mengandung, melahir & membesarkan anak ku tanpa pekerjaan yang tetap. Walaupun suami ku ada kerja, tetapi aku tidak boleh terlalu bergantung & mengharapkannya seorang diri. Aku juga ada tanggungjawab ku sendiri, terhadap rumahtangga & Ibubapaku.

dr luvislam.com

Petikan dr luvislam.com -

Ya,ujian itu Allah SWT turunkan dengan tujuan untuk menguji keimanan kita. Dan, setiap kesulitan itu datang dengan penuh berhikmah. Lalu untuk apa kita marah jika ujian yang Allah timpakan itu adalah bertujuan untuk kita lebih dekat kepadaNya? Hatta, bila mana orang membuat kita marah, itu pun adalah satu ujian daripada Allah SWT. Maka,bersyukurlah. Bersyukurlah kerana kita ini adalah antara hamba-hambaNya yang terpilih untuk dicintaiNya dan diberi peluang untuk mencintaiNya.

Bukankah Allah itu Maha Penyayang dan Maha Mengetahui? Percayalah, semua yang berlaku itu ada hikmahnya. Kadangkala, kita boleh berfikir sendiri tentang hikmah sesuatu ujian itu. Contohnya, apabila kita gagal mendapat pekerjaan yang kita suka, mungkin pekerjaan yang kita suka itu tidak sesuai dengan kita. Mungkin Allah telah menetapkan suatu pekerjaan yang lebih baik untuk kita. Kita hanya perlu berusaha, berdoa dan bertawakal. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Semoga aku mampu untuk terus bersabar..

No comments:

Total Pageviews